Wenger Sahkan Iwobi Didenda Namun Kecewa The Sun Melebih-Lebihkan Cerita

Wenger Sahkan Iwobi Didenda Namun Kecewa The Sun Melebih-Lebihkan Cerita



Berita Alex Iwobi didenda oleh pengurusan kelab telah menjadi bualan semalam. Pemain itu didenda kerana didapati berparti dalam tempoh 48 jam sebelum perlawanan.

Ia adalah melanggar syarat di dalam kontrak pemain Arsenal. Pemain dilarang keluar lewat malam terutama sekali untuk berparti dalam tempoh yang ditetapkan. Wenger berkata:

“Ya, dia akan didenda. Mana boleh seorang pemain bola sepak profesional keluar lewat malam dalam tempoh 48 jam sebelum perlawanan. Itu kesalahan yang tidak boleh diterima.”

“Ini bukan soal larangan pemain keluar malam. Isu sekarang adalah dia keluar malam untuk berparti 48 jam sebelum perlawanan.”

Wenger menepis dakwaan yang Iwobi keluar pada malam sebelum hari perlawanan. Beliau kecewa laporan The Sun yang mengaitkan pemain itu dengan ‘parti ada dadah’.



Ini bukan pertama kali The Sun membuat berita tidak masuk akal untuk Arsenal membuatkan penyokong Arsenal meminta akhbar itu diharamkan di Arsenal seperti mana dilakukan Liverpool, Everton dan beberapa kelab EPL yang lain.

Wenger menasihatkan wartawan agar berhati-hati dalam berita yang mereka tulis. Arsene Wenger menjelaskan:

“Beliau bukan keluar malam sebelum perlawanan, kerana ketika itu semua pemain berada di dalam hotel tetapi dia melakukan perkara itu 48 jam sebelum itu.”

“Anda harus teliti dalam menulis berita seperti ini. Ada laporan mengaitkan Iwobi dengan parti yang ada dadah.”
 “Sebenarnya, dia pergi ke parti hari jadi jirannya. Dia tidak mengambil dadah ataupun minum (alkohol). Namun dia tak boleh pastikan yang jiran-jirannya di parti itu tidak mengambil dadah. Itu bukan masalah beliau.”
“Masalah dia sekarang bagi kami, dia berada di parti itu 48 jam sebelum perlawanan.”

Apa yang boleh kita pelajari adalah, pemain telah diberikan satu garis panduan yang ketat pada kontrak.

Kelab ada kuasa untuk memotong gaji pemain yang keluar lewat malam, 48 jam sebelum hari perlawanan walaupun mereka tidak minum arak ataupun mengambil makanan yang tidak ada dalam garis panduan pakar nutrisi.

Jadi, anda tidak akan melihat instagram pemain-pemain Eropah sewenang-wenang menunjukkan mereka sedang lepak lewar malam, biasanya selepas pukul 11 malam ataupun makan besar dengan kawan-kawan mereka jika makanan itu tiada dalam garis panduan nutrisi mereka.

No comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.